Mohd Yusri Hassan Basri

KUALA LUMPUR – Dua penunggang motosikal maut apabila kenderaan yang mereka tunggang bertembung di KM19 Jalan Bota Kiri – Tanjung Belanja, Parit, Perak malam semalam.

Ketua Polis Perak, Pesuruhjaya Polis Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash dari arah Tanjung Belanja hendak pulang ke rumahnya di Kampung Tua (arah ke Bota Kiri) manakala penunggang motosikal jenias Yamaha 135 LC datang dari arah bertentangan.

Katanya, dalam kejadian jam 7 malam itu, penunggang lelaki yang berusia 64 tahun itu tiba-tiba membelok ke kanan apabila sampai di simpang rumahnya menyebabkan penunggang lelaki berumur 17 tahun tersebut tidak sempat membrek lalu melanggar motosikal tersebut.

“Akibat daripada kemalangan ini, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah meninggal dunia di tempat kedjadian,” katanya menerusi kenyataan, hario ini.

Menurut Mohd Yusri, bedah siasat akan dijalan pada hari ini di Hospital Changkat Melintang, Parit.

Tambah beluiau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(!) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast