KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park Kuantan, hari ini.
Turut berangkat ke majlis tersebut adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pengarah Urusan WQ Park, Datuk Seri Dr Zulkarnain Ismail berkata, perasmian cawangan kelima ini selain di berada di Kelana Jaya, Bangi, Sentul serta Johor Bahru.
”Pembukaan WQ Park Kuantan adalah selari dengan misi syarikat dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan yang komprehensif kepada semua golongan merentas diagnosis dari semua pringkat umur Selain di Kuantan, WQ Park.
”Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park adalah satu-satunya pusat sehenti yang mempunyai pasukan yang mempunyai latar belakang dalam pelbagai disiplin di Malaysia untuk pemulihan fizikal mahupun bantuan dalam kesihatan mental,” katanya ketika berucap.
Hadir pada majlis Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tambahnya, sehingga kini WQ Park telah membantu lebih daripada 13,000 pesakit dan menyentuh lebih 50,000 jiwa dalam memberi rawatan pemilihan merentas umur, bangsa agama dan negara.
Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan bantuan kepada sekolah dan pusat dalam komuniti dalam bentuk penyediaan prasarana khas dikenali ’WQSensesPark’.
Prasarana khas tersebut dilaksanaka bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Sg Talam, Indera Mahkota dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Nilam, Balok, di sini.
Bilik tersebut direka khas dan mengandungi kombinasi enam elemen deria utama iaitu, sentuhan (tactile). penglihatan (visual), pendengaran (auditory), bau (olfactory), keseimbangan badan (vestibular) dan pergerakan otot dan sendi (proprioceptive). – MalaysiaGazette
















