Foto Facebook KDA FC.

ALOR SETAR – Pemain tengah Abdul Halim Saari memberi berita gembira buat peminat bola sepak Kedah apabila kembali menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC menjelang pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia.

Kelab terakhir anak jati Kedah itu adalah Selangor FC.

Sebelum ini, dia dirundung kecederaan namun kembali cergas selepas memberi fokus kepada pemulihan sejak awal musim ini.

“Nafuzi Zain serta barisan kejurulatihan memberikan kepercayaan berdasarkan pengalaman yang ada, beliau mampu untuk membantu pasukan Sang Kenari bagi baki saingan musim ini.

“KDA FC bersetuju menawarkan kontrak menang-menang buat Halim dan KDA FC bagi baki saingan Liga Malaysia 2023 dan prestasi semasa beliau akan menjadi ukuran untuk memenuhi terma kontrak melalui prestasi yang dipamerkan, panggilan dalam senarai setiap perlawanan dan sudah pasti minit perlawanan bersama Sang Kenari,” tulis kelab itu di kaman Facebook rasmi, hari ini.

Merupakan anak jati kelahiran Kulim, pemain berketinggian 1.78 meter itu sebelum ini mewakili pasukan Selangor FC sebelum berehat panjang akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami pada awal musim 2021.

Kemunculannya semula bersama skuad Kedah dilihat sebagai satu kejutan buat penyokong Sang Kenari yang pastinya merindui aksi lincah pemain berusia 28 tahun itu.

Berdasarkan rekod peribadinya, pengalaman dimiliki pemain tersebut cukup cemerlang dan pernah membantu skuad Kedah menjulang Piala FA pada 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast