JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan hukuman terhadap seorang pengasuh taska atas dua pertuduhan bertindak cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua bayi, pada Mac lalu kepada tarikh baharu, 15 Ogos ini.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim sepatutnya menjatuhkan hukuman ke atas Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, namun prosiding terpaksa ditangguhkan kerana hakim sedang dirawat di hospital.
Peguam tertuduh Syufri A Samad yang ditemui di luar mahkamah mengesahkan perkara berkenaan.
Sebelum itu, tertuduh yang mengenakan baju kurung tiba bersama ahli keluarganya pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Pada 21 Mei lalu, Nurul Shahira mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.
Berdasarkan dua pertuduhan itu, wanita tersebut didakwa cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan bayi lelaki sembilan.- MalaysiaGazette