Chef Wan

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Wan disahkan mengidap kanser limfoma dan akan menjalani rawatan kemoterapi selama 13 minggu.

Berkongsi perkembangan kesihatannya di laman Instagram, Chef Wan berkata, beliau dimaklumkan tentang penyakitnya itu jam 3 petang tadi selepas menjalani ujian ECG di pusat perubatan terkemuka di ibu negara.

Katanya, sejurus selepas dimaklumkan tentang berita tersebut, beliau dirujuk kepada Ongkologist yang telah memberi penerangan secara terperinci proses lanjut yang perlu dilaluinya.

Menurut Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuwan Ismail, buat masa ini beliau merasakan kesihatannya masih normal tanpa sebarang rasa sakit berkemungkinan disebabkan kanser yang dihidapinya itu masih di peringkat 1 atau 2.

Katanya, pada Isnin beliau akan menjalani ujian sumsum tulang dan rawatan kemoterapi ke atasnya akan dilakukan secepat mungkin.

Biarpun disahkan menghidap kanser, namun Chef Wan menerima cabaran dan dugaan tersebut dengan hati terbuka.

Beliau sempat bergurau tentang rambutnya yang akan gugur apabila menjalani kemoterapi sambil tidak boleh membayangkan wajahnya apabila keadaan itu berlaku.

Menurut Chef Wan, anak serta menantunya menangis sebaik dimaklumkan perkara tersebut.

Beliau yang terkenal dengan celotehnya dalam pelbagai rancangan memasak sehingga ke peringkat antarabangsa kehilangan ibu tercinta Januari lalu juga disebabkan oleh kanser. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. “Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan” – Chef Wan mohon maaf mahu tampar Najib
    adakah beliau telah memohon maaf secara berdepan?

Comments are closed.