Mangsa melecur 27 peratus dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

BUTTERWORTH – Pekerja ladang yang  melarikan diri selepas membakar isterinya sehingga parah di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor pada Isnin lalu ditahan polis.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Difahamkan suspek menyembunyikan diri di rumah abangnya selepas menyedari diburu polis susulan membakar isterinya menggunakan petrol.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie mengesahkan tangkapan tersebut.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok pagi untuk mendapatkan perintah reman,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Suami bakar isteri guna petrol sebelum larikan diri

MalaysiaGazette pada Isnin lalu melaporkan, seorang lelaki bertindak membakar isterinya dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor  hanya kerana perselisihan faham membabitkan keluarga.

Kejadian jam 9.30 malam mengakibatkan mangsa berusia 35 tahun itu melecur 27 peratus pada anggota badan.

Mangsa kini dilaporkan berada keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.