Tun Dr. Mahathir Mohamad. Foto MUHD NA’IM, 20 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Selasa lalu dan sedang dirawat kerana dipercayai mengalami jangkitan.

Sumber rapat kepada bekas Perdana Menteri itu memberitahu, keadaan Dr Mahathir tidak membimbangkan, bagaimanapun pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi IJN.

Terdahulu tular di media sosial Dr Mahatir dikatakan kritikal dan sedang dirawat di IJN.

Bekas ahli Parlimen Langkawi itu pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari 2022 kerana menjalani prosedur perubatan elektif.

Tujuh bulan berselang, Dr Mahathir sekali lagi ditahan di IJN pada Ogos selepas disahkan positif Covid-19. – MalaysiaGazette