KUANTAN – Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kenderaannya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas, dekat sini pagi tadi.
MalaysiaGazette difahamkan kenderaan mangsa terbabas lalu merempuh tembok pagar sekolah berkenaan sebelum dia ditemui oleh orang awam.
Saksi memberitahu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 10.50 pagi tadi di Jalan Beserah.
Kemalangan itu tidak membabitkan orang lain.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati serpihan bumper kenderaan mangsa berada di tepi jalan.
Wartawan MalaysiaGazette sedang mendapatkan pengesahan polis berhubung kejadian ini. – MalaysiaGazette