ACP A A. Anbalagan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan punca kematian satu mayat lelaki yang ditemukan di dalam sebuah guni di tapak premis besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, disebabkan kecederaan akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan berkata, hasil dapatan itu merupakan susulan proses bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar bedah forensik di Jabatan Forensik Hospital Serdang, semalam.

“Punca kematian mangsa adalah disebakan ‘multiple blunt force trauma’ pada seluruh tubuh badan si mati. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Ogos lepas, mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh ditemukan di lokasi kejadian dan dipercayai telah dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam satu guni plastik berwarna putih.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast