Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias

SUNGAI BESAR – Menjelang proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15), seramai 373 pegawai dan anggota polis daerah Sabak Bernam akan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal, esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pengundi awal hanya terdiri daripada polis sahaja dan tidak pasangan masing-masing.

“Selain itu, seramai 10 anggota yang bersara masih mengundi di tempat mengundi masih sama.

“Manakala undi pos pula, seramai 17 anggota akan terlibat,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal PRN15 di enam negeri, esok.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dan PRK Kuala Terengganu adalah yang terkini dikemaskini sehingga 21 Jun 2023.

Agus Salim berkata, pusat pengundian akan dibuka seawal jam 8 pagi esok.

“Untuk kawalan keselamatan, pengundian dilakukan dalam premis polis dan kawalan dikendalikan oleh anggota bertugas,” katanya.

Katanya lagi, bagi pilihan raya kali ini, SPR tidak menyediakan tempat mengundi khas yang sebelum ini diwujudkan untuk pengundi yang berisiko tinggi kerana masalah kesihatan.

“Bagaimanapun, tiada tempat khas disediakan untuk pengundi yang mengalami masalah kesihatan termasuk COVID-19 dan lain-lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast