Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan (PH) N. 29 Chuah, Yew Boon Lye hadir pada Jelajah Madani Perpaduan DUN Chuah sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Kampung Pachitan, Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2023.

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Seri Aminuddin Harun perlu dipertahankan sebagai Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan.

Menurut beliau, dengan cara itu, kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan dapat diteruskan.

“Ini memudahkan lagi masalah rakyat diselesaikan,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah di Dataran Kampung Pachitan di sini malam ini.

Sebelum ini, Anwar pernah mengumumkan Aminuddin akan dicalonkan sebagai menteri besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

aminuddin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Jelajah Madani Perpaduan DUN Chuah sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Kampung Pachitan, Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2023.

Sementara itu, beliau menganggap Port Dickson sebagai kawasan yang paling istimewa manakala penduduknya berjasa kepada beliau.

Anwar menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya beliau ‘lari’ dari Port Dickson ke Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Port Dickson sudah kuat dan calon baik, saudara Aminuddin saya serahkan. Saudara, kawan-kawan kena tahu ini, ini ujian pertama boleh bertanding jadi, saya tidak boleh lupa Port Dickson,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ANWAR IBRAHIM kenapa MP Port Dickson PKR letak jawatan? apakah bukti salahguna KUASA beliau sehingga ANDA menjadi gantinya? sila jawab rakyat mahu dengar alasan ANDA…. akarumbi UMNO mahu mengajar ZAHID HAMIDI untuk “berjalan” di PRN 6 NEGERI.

Comments are closed.