Lucas Paqueta. Foto Sky Sports.

LONDON – Penyandang Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dilaporkan telah mengemukakan bidaan rasmi sebanyak £70 juta (RM408.70 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain West Ham, Lucas Paqueta.

Pengurus juara Eropah itu, City, Pep Guardiola kini dikatakan terdesak untuk menguatkan jentera tengah pasukannya susulan kegagalan menjulang Piala Perisai Komuniti selepas tewas kepada Arsenal baru-baru ini.

Guardiola, 52, mahu The Citizens mendapatkan satu lagi pembelian jika mahu mengulangi pencapaian menjulang kejuaraan trebel seperti dilakukan musim lalu.

Ketika ini, City baru membeli seorang pemain tengah menyerang iaitu Mateo Kovacic dari Chelsea namun dilihat masih belum cukup mengisi kekosongan ditinggalkan Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez.

Biarpun telah mendapatkan Josko Gvardiol dari RB Leipzig untuk menguatkan benteng pertahanan tetapi Guardiola percaya kehadiran Paqueta, 25, mampu menambahkan sengat The Citizens.

Menurut laporan akhbar Brazil, GloboEsporte, West Ham di­jangka menolak tawaran tersebut dengan harapan City meningkatkan bidaan kerana enggan kehilangan seorang lagi aset pen­ting pasukan itu.

Pengurus West Ham, David Moyes tentunya tidak rela kehilangan Paqueta selepas sebelum ini terpaksa menerima hakikat melepaskan kapten, Declan Rice ke Arsenal dengan harga £105 juta (RM613.04 juta).

Sebagai rekod, Paqueta me­nyertai West Ham dari Lyon de­ngan yuran perpindahan bernilai £51 juta (RM297.76 juta) pada Ogos tahun lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast