MERSING – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi penekanan terhadap peralatan berteknologi tinggi Rejimen Gerak Khas bagi meningkatkan perkhidmatan dan kemampuan menyelesaikan misi yang dipertanggungjawabkan.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pucuk pimpinan ATM akan memberi keutamaan dalam peningkatan perolehan pada masa hadapan.
“Pembangunan keupayaan gerak khas dapat dilihat dengan peningkatan perolehan aset perairan, persenjataan, komunikasi, peralatan penerjunan serta penambahbaikkan kemudahan latihan seperti pembinaan kolam selam tempur , aircraff Compass wing dan rumah tempur jarak dekat.
“Penekanaan peralatan berteknologi tinggi juga perlu diberikan tumpuan khas agar rejimen gerak khas ini terus sentiasa dapat memberikan khidmat yang terbaik serta mampu untuk mneyempurnakan misi yang dipertanggungjwabkan”
“Saya berharap agar puncuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia akan terus memberikan keutamaan dalam pemilikkan dan peningkatan perolehan peralatan di masa akan datang,” katanya yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58 di Padang Kawad Markas 21, Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, di sini, hari ini.
Titah baginda dibaca Tunku Mahkota, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pada majlis tersebut, Tunku Ismail turut memeriksa perbarisan pasukan GGK sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada pimpinan ATM dan Tentera Darat Malaysia di atas keperihatinan dan kesungguhan dalam memastikan kelengkapan Rejimen Gerak Khas berada pada tahap membanggakan. – MalaysiaGazette