Calon Pakatan Harapan (PH) N. 13 Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun dan calon N.01 Chennah, Anthony Loke bergambar sambil mengangkat tangan selepas menang di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) bagi Negeri Sembilan di Klana Resort Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – DAP menyapu bersih kesemua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam pilihan raya negeri yang berlangsung hari ini.

Kerusi-kerusi yang ditandingi DAP atas tiket Pakatan Harapan adalah Chennah yang menampilkan penyandang, Anthony Loke;  muka baharu, Desmond Sian Meow Kong bersaing di DUN Rahang.

Turut bertanding Teo Kok Seong (Bahau), J Arul Kumar (Nilai), Chew Seh Yong (Lobak), Ng Chin Tsai (Temiang), Nicole Tan (Bukit Kepayang), Yap Yew Weng (Mambau), P Gunasegaran (Seremban Jaya), Choo Ken Hwa (Lukut) dan S Veerapan (Repah).

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette