Petugas SPR membawa kotak undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 12 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mula dikira.

Pengiraan itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 4 petang tadi.

Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi PRN di enam negeri itu, manakala 1,286 orang lagi mengundi untuk PRK di Kuala Terengganu pada Selasa lepas.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast