Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua dihadapan Tun Ahmad Fuzi di Seri Mutiara hari ini.

GEORGE TOWN –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang melafazkan sumpah memegang jawatan itu dihadapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada pukul 9.30 pagi tadi.

Beliau yang ditemani isteri, Tan Lean Kee turut menandatangani surat watikah lantikan jawatan berkenaan.

Kon Yeow turut ditemani isterinya.

Hadir sama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew Gek Cheng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan pimpinan Barisan Nasional serta PKR.

Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Surat Sumpah Rahsia Ketua Menteri berlangsung di Seri Mutiara iaitu kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Kon Yeow secara rasmi diumum menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota dengan majoriti 7,116 malam tadi.

Kon Yeow dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu selepas gabungan PH BN memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri semalam.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.