Neymar. Foto Goal.com.

LONDON – Penyerang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar Jr dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal menurut laporan media Perancis, L’Equipe.

Al Hilal merupakan musuh utama Al-Nassr iaitu kelab Cristiano Ronaldo di mana  kehadiran pemain itu bakal menjadikan saingan Liga Pro Saudi musim ini lebih menarik sengit.

“Neymar setuju untuk beraksi bersama Al-Hilal dengan menandatangani kontrak dua tahun.

“PSG dan kelab Saudi itu berunding terma perpindahan penyerang Brazil,” lapor media itu.

Laporan itu menyebut Neymar bakal menerima lebih 160 juta euro (RM805 juta) di Al Hilal dengan kontrak selama dua tahun selepas menghabiskan enam tahun bermain di ibu negara Perancis.

Neymar menyertai PSG pada tahun 2017 dari Barcelona dengan rekod perpindahan dunia ketika itu 222 juta euro (RM1.12 bilion).

Bintang Brazil itu mewakili kelab Paris sebanyak 112 kali dan menjaringkan 82 gol.

Dia mengikut jejak Sergio Ramos dan Lionel Messi meninggalkan PSG apabila wakil Al Hilal terbang ke Paris untuk mengadakan perbincangan bersamanya.

Gergasi Arab Saudi itu sebelum ini menyasarkan Messi namun kapten Argentina itu lebih memilih untuk ke Amerika Syarikat.

Justeru, Al Hilal mengalihkan tumpuan kepada Neymar dan bersedia menawarkan gaji yang jauh lebih lumayan.

Sebelum ini, pemain dari Brazil itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester United, Chelsea dan Newcastle dikatakan berminat untuk memancingnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast