ALOR SETAR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Istana Anak Bukit pukul 9.40 pagi ini untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah penggal baharu.

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan melafaz sumpah memegang jawatan itu pukul 10 pagi.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, dengan majoriti 16,050 undi.

Sebelum ini, beliau adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. – MalaysiaGazette