Datuk C. Sivaraj

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan perlu mempertimbangkan langkah-langkah afirmatif yang boleh membantu memperkasa keyakinan rakyat.

Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, kaum India berperanan sebagai blok penentu dalam 76 daripada 132 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Menurut analisis pakar, pola sokongan masyarakat India kepada PH telah menurun sebanyak 15 peratus manakala meningkat sebanyak 21 peratus kepada PN,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Sivaraj, mengambil kira sokongan majoriti kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan kedudukannya sebagai blok penentu, masanya telah tiba kerajaan memulakan semula usaha pemerkasaan dengan melaksanakan akujanji sebelum ini.

Sementara itu, beliau mencadangkan kerajaan memberi perhatian terhadap isu peluang penempatan pendidikan di institusi pengajian tinggi awam, sistem sokongan untuk pembangunan usahawan kecil sederhana dan pemerkasaan secara menyeluruh yang perlu diterjemahkan dalam bentuk dasar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast