Lim Kit Siang Sian See Annuar China
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, fitnah yang yang disebarkan pihak tertentu kononnya beliau pendatang dari China adalah penipuan semata-mata.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menegaskan, beliau tidak pernah menyorokkan fakta mengenai kelahirannya di Batu Pahat pada 20 Februari 1941 dan membesar di sana sekitar 1940-an dan 1950-an.

Kit Siang memberitahu, beliau mendaftar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu pada 1947 sebelum berpindah ke Sekolah Inggeris Batu Pahat pada 1949 untuk melengkapkan pengajian peringkat rendah dan menengah selama 11 tahun.

“Fitnah yang cuba mengatakan bahawa saya bukan anak kelahiran tempatan, kononnya saya datang dari China ketika saya berusia 16 tahun sebelum menetap di Batu Pahat pada 1950-an adalah penipuan semata-mata.

“Pertama kali saya melawat China adalah ketika saya berusia 50-an,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang mengulas mengenai rakaman video yang dikongsikan dalam laman Facebook ‘Tok Pala’ yang mendakwa kononnya beliau mengamuk apabila ditanya oleh seorang wartawan tentang tempat lahirnya.

Beliau berkata, perkara itu direka-reka dan tidak pernah berlaku sama sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast