IPOH – Tindakan Perikatan Nasional (PN) yang bercadang menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza di empat buah negeri di bawah pentadbiran gabungan itu disifatkan khilaf, tidak patriotik dan bermotif politik.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata perkara itu seharusnya tidak berlaku memandangkan sambutan Hari Kebangsaan adalah salah satu pendekatan untuk menggambarkan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.
“Hari Kebangsaan adalah sambutan seluruh negara, meraikan semangat kemerdekaan, semangat perpaduan dan semangat kenegaraan. Ia tiada kena mengena dengan pegangan atau ideologi parti politik.
“Jadi adalah sesuatu yang amat khilaf bagi mana-mana pihak untuk mengajukan tema berbeza bagi sambutan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan di sini, hari ini.
Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata pihaknya kecewa dengan keputusan pembangkang itu dan tidak sepatutnya berlaku.
Semalam, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza dengan yang digunakan di peringkat Persekutuan.- BERNAMA
Mungkin Zahid sudah lupa apa apa ‘cikgunya’ kata ketika mempertahankan tindakan Pakatan Rakyat itu.
Berikut sedutan kenyataan Anwar semasa menjawab soalan wartawan berhubung tindakan pakatan berkenaan:
‘’Teman Hari Merdeka itu patut inklusif. Ia tidak tema propaganda UMNO-BN. Saya tidak fikir ia menjadi satu masalah kalau orang gunakan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’…apa yang boleh memecah belahkan?’’
‘’Ada orang kata ini nampak seolah-olah dekat (slogan) 1Malaysia…saya tidak ada masalah dengan slogan itu. Empat negeri itu (di bawah Pakatan Rakyat) kita akan kemukakan (cadangan) sebab kita akan ada mesyuarat Pakatan Rakyat.Kita belum putuskan sama ada kita akan cadangkan kerajaan negeri melaksanakan tema tersebut.
‘’Tetapi saya fikir wajar kalau kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) menggunakan tema tersebut (Sebangsa,Senegara,Sejiwa)…sebab tema ini lebih mencakup semua kepentingan kaum dan semua aliran parti politik..ia slogan yang lebih inklusif..’’
Berdasarkan kenyataan itu adakah tindakan Pakatan Rakyat pada 2012 itu juga boleh dianggap berada dalam kategori ‘’gila dan tidak layak jadi Ahli Parlimen, kalau sikapnya yang jumud’’.
Apakah kerana Ahmad Zahid dan UMNO sudah ‘satu kelab’ dengan PKR dan DAP maka tindakan ‘gila dan jumud’ mereka ketika menjadi pembangkang pada 2012 harus dilupakan? Manakala apabila pembangkang hari ini iaitu PN ‘mengulangi’ tindakan sama atas hujah yang sama mereka dianggap ‘gila dan jumud’? Siapa sebenarnya ‘gila dan jumud’? Apakah tindakan Pakatan Rakyat pada 2012 itu tidak boleh dianggap mempolitikkan agenda Nasional?
Ahmad Zahid tengoklah balik klip video sidang akhbar Anwar pada 2012 itu yang antara lain, Anwar turut menyifatkan penggunaan tema ‘Janji Ditepati’ adalah tindakan terdesak UMNO-BN .
Tidak cukup dengan Ahmad Zahid, turut ‘galak’ mengkritik tindakan PN ialah penganalisis-penganalisi politik ‘hebat’ yang menganggap tindakan PN itu seolah-olah mengkhianati
ADAM ADLI tunjuk HERO DI JALANAN MASA JADI AKTIVITIS JALANAN bersama P arti K hianat R eformasi RAKYAT sebelum jadi MP
BILA PEMIMPIN2 MUNAFIK ANWAR ZAHID SEKUTUNYA BERBICARA….SEMUANYA SUCI LAGI MENYUCIKAN…..SATU JARI TELUNJUK KE DEPAN 4 JARI BALIK KE MUKA SENDIRI