BUDAPEST – Bintang pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles ditabalkan raja pecut dunia selepas memenangi pingat emas 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Hungary awal pagi ini.
Pingat perak menjadi milik juara remaja dunia, Letsile Tebogo dari Botswana dengan catatan masa 9.88s, manakala gangsa dimenangi pelari Great Britain, Zarnell Hughes (9.88s).
Sementara itu, bintang muda pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi tetap boleh mendabik dada walaupun perjalanannya pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 itu terkandas sekadar di pusingan pertama.
Azeem, 19, turun membuat penampilan pertama di pentas berprestij dunia itu dengan harapan tinggi daripada para peminat yang mahu melihatnya memecahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan, 10.09 saat (s) dilakukannya di Cali, Colombia tahun lalu.
Impian itu musnah selepas Azeem gagal menempatkan diri antara tiga terpantas dalam saringannya pada pusingan pertama di Stadium Nasional Olahraga awal pagi semalam apabila meraih tempat ketujuh.
Pelari yang berpangkalan di Universiti Auburn, Amerika Syarikat itu sekadar merakam masa 10.26s yang dilihat lebih perlahan berbanding catatan 10.24s dilakukannya ketika mengungguli peringkat kelayakan kelmarin. – MalaysiaGazette