IPOH – Kerajaan akan terus mencari jalan bagi memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia termasuk meningkatkan pengeluaran produk makanan dalam negara serta langkah-langkah tambahan daripada kerajaan.
Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan tidak memandang ringan isu itu meskipun mendapat kecaman daripada orang ramai yang tidak memahami secara menyeluruh mengenai masalah kenaikan harga barang.
“Contoh paling baik itu (langkah-langkah kerajaan) macam kerja (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Datuk Seri Salahuddin Ayub (yang meninggal dunia baru-baru ini), dia sentiasa fikir macam mana nak berunding dengan syarikat, kedai dan pengeluar, bagaimana nak kurangkan harga.
“Tetapi seluruh dunia menghadapi masalah ini dan kita masih cuba selesaikan dengan sebaik mungkin, sekarang sudah (Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk) Armizan (Mohd Ali) turut membantu untuk tengok, kawal kerja-kerja di kementerian supaya hal ini dapat diteruskan dan kita ambil langkah-langkah tambahan,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata usaha bagi memastikan harga barang berada pada paras yang tidak mebebankan rakyat bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan namun kerajaan tetap akan mencari jalan untuk melaksanakannya dan tidak boleh ‘lepas tangan.’
Beliau turut berkongsi masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam isu itu dengan memberi contoh beberapa hari lepas, India telah menaikkan cukai sebanyak 40 peratus untuk eksport bawang putih dan bawang merah.
“Minggu lalu India pun naik cukai 40 peratus, maknanya ada hari kita boleh kawal, ada hari yang susah nak kawal kerana India naik cukai 40 peratus bagi nak eksport bawang ini. Kita nak tanam ambil masa sikit sebelum ada hasil.
“Tetapi kalau setakat ayam dan telur, sekurang-kurangnya Alhamdulillah, semasa kita perintah ini ada ayam dan telur… kemudian kerajaan terpaksa bayar subsidi untuk tampung harga ayam, kalau kita tak bayar harga subsidi, harga akan tinggi,” katanya.
Justeru, Anwar berkata sudah tentu kerajaan memerlukan perancangan untuk masa depan seperti memastikan lebih banyak pengeluaran dalam negara supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada barangan import.
“Saya telah arah semua syarikat besar kerajaan macam Sime Darby, Guthrie, Felda… kena fikir dah bab ini kerana kita import barangan makanan terlalu banyak, Malaysia ini tanah subur tetapi kita import semua barang makanan.
“Jadi, kita dah arah supaya syarikat-syarikat ini juga bawa keluaran hasil yang lebih besar. Sebab itu Khazanah umpamanya, bekerjasama dengan syarikat Farm Fresh dan sebagainya untuk keluaran dalam negeri,” katanya.
Perdana Menteri berkata melalui cara ini, kos sesuatu produk boleh direndahkan kerana ia dihasilkan dalam negara.
“… kalau import tentu harganya lebih tinggi,” katanya.
Program Jualan Rahmah Mega@Tambun, yang dihadiri kira-kira 8,000 pengunjung, berjaya mencatat nilai jualan sebanyak RM270,000 bagi 36 produk.
— BERNAMA
Sakau, sakau, sakau. Rupanya kerajaan hancing telah menyakau wang rakyat dengan mencuri data peribadi? Ianya perbuatan jenayah yang sangat serius.
Harap Datuk Ayub jangan berlengah untuk mulakan suasatan kerana banyak lapuran polis telah dibuat. Penyakau2 ini juga dikatakan sangat bijak menyorok bukti, dikatakan sesawang sakau tersebut kini sudah tidak boleh lagi dilayari.
Heret dan penjarakan penyakau2, scammer2 dan along2 ini. Ayuh jangan berlengah lagi.
ANWAR IBRAHIM kata dulu kerajaan bangang gagal urus rakyat sekarang TEMA apa yang yang lebih tinggi dari BANGANG untuk ANWAR IBRAHIM sekarang?