Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membangunkan kurikulum persekolahan yang baharu dengan mengambil kira pandangan pakar, pemegang taruh dan masyarakat umum.

Setakat ini, seramai 1,600 orang yang terdiri daripada guru, pensyarah, ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan industri telah dilibatkan dalam 21 sesi libat urus dan pelaksanaan Konvensyen Kurikulum.

Menurutnya, bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat mengemukakan pandangan, KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian mulai 25 Ogos sehingga
15 September 2023 melalui pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027.

Tambah kementerian itu, pihaknya menghargai pandangan dan cadangan daripada pemegang taruh dan masyarakat umum berkaitan kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pelaksanaan tindakan segera bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran dijalankan secara efektif dengan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Mana-mana subtopik yang terlalu berat dan tidak selari dengan keperluan semasa murid akan dinilai semula.

Katanya, KPM juga telah melaksanakan program Modul Bimbingan (MOBIM) untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai inisiatif membantu guru memahami kurikulum dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan.

MOBIM telah disebar luas ke semua sekolah mulai Mac 2023 bermula dengan Tahun Satu manakala MOBIM untuk Tahun Dua dan seterusnya akan diedarkan secara berperingkat sehingga selesai. MOBIM boleh diakses melalui pautan
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mobim/home.

“KPM sentiasa berusaha untuk terus memastikan murid dan guru berada dalam ekosistem kurikulum yang membangun potensi akademik dan sahsiah,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Islam adalah agama rasmi penduduk asal Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka. Pembelajaran hadis sangat2lah dialu2kan baik diperingkat rendah dan menengah. Cara hidup baginda nabi SAW haruslah dijadikan model dan ikutan setiap Muslim.

Comments are closed.