Gula putih jernih Better White

KUALA LUMPUR – Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) memperkenalkan gula putih jernih – Better White bagi melengkapkan rangkaian produk gulanya.

Gula ini hasil daripada proses penapisan yang menghasilkan gula lebih tulen dan secara visual lebih menarik.

CSR berkata, dengan penampilan yang dipertingkatkan, gula premium ini kekal kualiti dan citarasa rakyat Malaysia.

“Susulan kejayaan CSR’s mengeluarkan Better Brown, produk Better White satu lagi komitmen dalam memenuhi jangkaan pengguna yang semakin meningkat, memberi perkhidmatan kepada pasaran dengan produk lebih berkualiti pada harga berpatutan,” kata Mohamad Zuki Wan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif CSR.

Menurutnya, Better White ini dijual di seluruh negara pada harga RM3.85 untuk pek 800 gram (Malaysia Barat) dan RM4.05 (Malaysia Timur) sejak pertengahan Ogos 2023. – MalaysiaGazette