KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja, kata Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menurutnya, Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah bertujuan untuk memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan untuk memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.
“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti
“KPM sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.
Menurut KPM, program secara rintis pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 ImamNawawi melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 buah Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu, modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.
Modul tersebut akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.
Tambahnya, modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan khususnya untuk memastikan nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati. – MalaysiaGazette
Climate change, pemanasan global dan banyak lagi perkara2 berkaitan dengan sains ada disebutkan dalam hadis2 nabi.
Oleh itu pembelajarannya perlu dipercepatkan.
Peace!
.