Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memulakan  latihan penerbangan taktikal secara rendah bagi persiapan sambutan Hari Kebangsaan bermula esok hingga 31 Ogos ini.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pasukan itu telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara dan persembahan udara yang melibatkan pesawat milik TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera dan pasukan keselamatan ini akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan ATM serta pasukan keselamatan lain terbang rendah di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast