BUDAPEST – Noah Lyles meraih kejayaan berganda acara pecut apabila muncul atlet lelaki kelima merangkul pingat emas kedua individu dalam acara 200 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia
Pelari Amerika Syarikat (AS) berusia 26 tahun itu dijangka meraih emas ketiga di ibukota Hungary itu dalam acara berganti-ganti 4x100m lelaki awal pagi esok.
Pada 2015, Usain Bolt merangkul empat pingat emas individu.
Lyles mencatat 19.51s untuk memenangi acara itu manakala rakan senegaranya, Erriyon Knighton perak dengan masa 19.75s dan Letsile Tebogo dari Botswana gangsa dengan 19.81s.
Dalam acara wanita pula, Shericka Jackson menampilkan larian terbaiknya ketika pelari Jamaica berusia 29 tahun itu bangkit daripada kekecewaan ditundukkan Sha’Carri Richardson dalam acara 100m dengan masa 21.41 saat, memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri yang dilakar tahun lalu.
Catatan masanya hanya 0.07 perlahan daripada rekod dunia 21.34s dicatat pelari AS, Florence Griffith-Joyner pada 1988. – Agensi