Premis tular yang menganjurkan tarian gelek separuh bogel di Jalan Bukit Bintang ditutup DBKL serta merta. - Gambar ihsan DBKL.

KUALA LUMPUR – Sebuah premis yang tular di media sosial baru-baru ini selepas menganjurkan tarian gelek separuh bogel di Jalan Bukit Bintang di sini telah diambil tindakan tutup oleh pihak berkuasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, notis menutup premis itu telah dikeluarkan hasil siasatan yang dilaksanakan pihaknya.

“Sejak tarian separa bogel di hadapan sebuah premis di Jalan Bukit Bintang itu tular di media sosial DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan satu tindakan khas di premis tersebut pada 23 Ogos lalu.

Notis dikeluarkan terhadap premis anjurkan tarian separuh bogel kerana menggaji warga asing yang tidak memiliki permit kerja yang sah.- Gambar ihsan DBKL.

“Hasil daripada siasatan dan pemantauan yang dijalankan mendapati premis tersebut mempunyai lesen komposit Kedai Runcit/Serbaneka/Pasar Mini (Barangan Kering Sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

“Bagaimanapun, premis tersebut telah dikendalikan oleh empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah,” kata DBKL dalam kenyataan hari ini.

Premis tular yang menganjurkan tarian gelek separuh bogel di Jalan Bukit Bintang ditutup DBKL serta merta. Ihsan foto DBKL

Tambah dalam kenyataan sama, dua daripada empat warga asing itu merupakan warganegara Bangladesh dan dua lagi individu merupakan warga Iran.

Pihaknya juga telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana nenggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

“Selain itu, DBKL juga mengeluarkan satu lagi notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan manakala premis tersebut juga telah diarahkan untuk ditutup serta merta kerana telah dikendalikan oleh orang bukan warganegara.

“Menurut pekerja daripada premis tersebut kejadian yang tular tentang tarian separa bogel berlaku pada 5 Julai 2023 bersempena dengan sambutan ulang tahun penubuhan premis tersebut di Jalan Bukit Bintang,” tegas DBKL lagi.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.