Keindahan rekaan dalamannya yang bercirikan susun atur dan rekaan moden.

KUALA LUMPUR – Tidak keterlaluan mengatakan Hotel The Pearl Kuala Lumpur (KL) kini umpama permata baharu di ibu kota jika diukur kepada keindahan rekaan dalaman yang pasti memukau tetamu singgah untuk bermalam selepas melalui proses pengubahsuaian sejak tiga tahun lalu.

Jika dilihat dari luar, hotel yang terletak di Jalan Klang Lama itu cuma biasa-biasa sahaja.

Namun apabila melihat keindahan rekaan dalamannya yang bercirikan susun atur dan rekaan moden, anda pasti terpesona.

Bermula dengan ruang lobi yang ringkas dan kini berpindah ke tingkat lima yang turut memuatkan kafe yang luas dan mendamaikan untuk menikmati selera.

Apa yang menarik kini, pengunjung yang menginap di The Pearl KL kini mempunyai pilihan ‘mencuci mata’ di pusat beli-belah Pearl Point dan GaleriPearl yang terletak bersebelahan.

Melo Cafe & Deli yang luas dan selesa.

The Pearl KL yang bertaraf empat bintang memiliki 555 bilik bercitarasa dan konsep moden dengan pemandangan bandar di mana mempunyai tempat simpanan barangan peribadi selain peti keselamatan di dalamnya.

Bagi memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung, kesemua bilik di hotel ini dilengkapi dengan televisyen LCD dan WiFi percuma.

Tarikan kolam renang untuk mereka yang datang berkeluarga dan milik kanak-kanak.

Sebagai bonus tarikan, ia terletak dalam jarak waktu 10 minit dari ibu kota Kuala Lumpur yang memudahkan urusan pengunjung pergi ke pusat beli-belah Midvalley selain ke Lapangan Terbang Subang dan Taman Tema Sunway Lagoon serta melakukan aktiviti harian seperti urusan di bank yang berdekatan.

Sementara itu, The Pearl KL turut menyediakan perkhidmatan lain seperti pakej program peribadi, seminar dan mesyuarat serta perkahwinan dengan harga berpatutan iaitu serendah RM210 semalam.

Bagi yang ingin minum petang sambil menikmati panorama indah, anda boleh melepak di Executive Lounge dari Tingkat 23.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023, The Pearl KL turut menyediakan bufet minum petang di Melo Cafe & Deli pada 31 Ogos ini bermula pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini boleh melayari laman web hotel ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast