Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis kerana dipercayai memeras ugut rakan senegaranya sebanyak RM17,000 di Bukit Permai, Ampang, di sini pada 22 Ogos lalu ditahan polis di Taman Cahaya, pada jam 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berada di rumah telah dibawa tiga lelaki ke kawasan Bukit Permai untuk berjumpa dengan suspek.

“Tujuan mangsa ikut bersama tiga lelaki itu kerana kenalan tersebut mengajaknya untuk berjumpa bagi membincangkan isu hutang.

“Setelah tiba di lokasi tersebut, kenalan mangsa mengugut dan meminta untuk membayar wang berjumlah RM 17,000.

“Pengadu hanya dilepaskan selepas membayar RM7,000 dan suspek mengugut pengadu untuk menyelesaikan baki bayaran sebanyak RM 10,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan berkerja sendiri sebagai tukang paip.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bertindak sebagai ejen palsu yang cuba mengaut keuntungan dengan membawa masuk mangsa dan isteri ke Malaysia melalui jalan laut, ujarnya.

“Ujian saringan awal dadah suspek mendapati negatif sebarang jenis dadah bagaimanapun setakat ini tiada sebarang rampasan daripada suspek,” jelasnya.

Mohd Azam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pemerasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast