Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang membuat penghantaran berbaur ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman media sosial, Facebook, diberkas menerusi serbuan yang dilakukan di Taman Desa Budiman, Bedong, Kedah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis menerima laporan mengenai ancaman ‘kalau ada letupan macam itu berlaku di rumah PMX yang telah menzalimi para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)’  yang dilakukanpemilik akaun Facebook bernama JoeJebat Tajudin pada 26 Ogos llau.

“Siasatan kami berjaya mengenalpasti suspek yang melakukan perbuatan jenayah itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurut Shuhaily, hasil semakan mendapati suspek berusia 41 tahun itu bekerja sebagai tukang urut dan beliau memiliki tiga rekod kesalahan salah guna dadah.

Tambah beliau, lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi dan direman empat hari sehingga hingga 31 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. -MalaysiaGazette