Calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kayat beramah mesra bersama peniaga dan orang awam semasa berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Pasar Malam Taman Anggerik, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 29 OGOS 2023.

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat berkata, kempen secara bersemuka pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai termasuk mengunjungi pengundi dari rumah ke rumah adalah lebih berkesan.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) itu berpendapat, pendekatan tersebut lebih dirasai pengundi berbanding kempen secara tradisional dengan melakukan ceramah.

“Sebelum ini, semasa pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kempen dijalankan lebih berskala besar dengan ceramah mega diadakan hampir saban hari;” katanya kepada pemberita selepas Program Penghasilan Baja Bokashi Bersama Penduduk Kampung Pasir, Tampoi hari ini.

Suhaizan Kayat

Namun pada PRK Parlimen Pulai ini pendekatan dan kaedah kempen diubah kepada perjumpaan terus dengan pengundi dalam skala kecil kerana lebih releven daripada ceramah mega.

Perubahan angin kempen cara berkenaan didapati lebih mudah dan mesra dengan pengundi memandangkan kekangan waktu dan ada pengundi yang kurang gemar untuk datang mendengar ceramah.

Menurut Suhaizan, kaedah bertemu pengundi dalam komuniti kecil ini lebih digemari pengundi Melayu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast