KUANTAN – Pertama kali geng jubah putih berserban menyertai acara perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 peringkat negeri Pahang.

Maulana Wan Helmy Wan Mohamed berkata, penyertaan kali ini terdiri gabungan daripada pelajar pondok tahfiz dan guru negeri ini bagi menzahirkan semangat patriotisme pada tahun ini.

Maulana Wan Helmy Wan Mohamed

“Syukur, kali pertama kami 43 peserta semua dalam gabungan di bawah Ikatan Madrasah Pahang terpilih bagi menyertai acara perbarisan.

“Kalau hayati sejarah kemerdekaan, golongan ulamak tanah air merupakan pejuang tanah air. Tokoh seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau merupakan golongan ulamak dan tasawuf.

“Dengan penyertaan kami ini seakan pengiktirafan kepada jasa mereka terdahulu yang mana merekalah yang memimpin umat kita dahulu menentang penjajahan.

Katanya, pondok dan madrasah adalah benteng akidah ahli sunnah waljamaah, insya Allah akidah orang Islam di negeri ini dapat dipelihara.

Di Pahang terdapat lebih 8,000 pelajar pondok dan tahfiz di lebih 192 intitusi pendidikan agama itu.

Video Berkaitan

Sememtara itu seramai puluhan ribu rakyat di negeri ini memeriakan acara perbarisan dan perarakan bagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Pahang.

Acara berkonsepkan persembahan statik serta perarakan berjalan kaki dan berkenderaan yang dibahagikan kepada lima segmen utama.

Perarakan berjalan kaki yang melibatkan enam komponen disusuli perarakan kenderaan awam dan kenderaan pihak badan beruniform.

Sebanyak 106 kontinjen dengan pecahan 72 kontinjen berjalan kaki dan 34 kontinjen berkenderaan membabitkan peserta seramai 4489 orang dan 809 buah kenderaan.

Sambutan dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pimpinan kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast