Hari Kebangsaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra dengan orang ramai selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai semangat setiap rakyat yang membanjiri Putrajaya sejak lewat malam tadi untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 hari ini.

Beliau turut menyatakan penghargaan untuk semua pihak yang terlibat dalam sesi perbarisan, pertunjukan udara dan persembahan sepanjang sambutan berlangsung.

“Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat.

“Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini. Merdeka!” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Anwar turut hadir di Dataran Putrajaya hari ini bagi untuk menyaksikan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66.

Beliau juga menyifatkan sambutan yang bertujuan menzahirkan rasa kecintaan kepada negara serta mengenang detik kemerdekaan 31 Ogos 1957 sebagai ‘cukup luar biasa’. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jom semua Bangsa Johor abang2 polis, bomba, askar, JPJ, kakitangan kerajaan, guru2, nurse2 selepas habis berarak di hari kemerdekaan di Putrajaya jangan lupa balik kampung diJohor untuk mengundi PN.

    Sama2 kita bersatupadu dibawah panji2 PN. InsyaAllah PN Best Bersih menjadi pilihan orang baik2 berakhlak mulia.

Comments are closed.