LONDON – Penyerang, Romelu Lukaku akhirnya melengkapkan perpindahannya ke AS Roma yang diuruskan oleh Jose Mourinho selepas dipinjamkan Chelsea yang pada awalnya enggan menerima sebarang perjanjian pinjaman sekali lagi untuk pemain itu.
Namun Chelsea mengubah polisi perpindahan itu kerana terus gagal menjual Lukaku ke Inter, Juventus atau ke kelab Arab Saudi.
Menurut laporan media Itali, Roma akan membayar kelab London itu sebanyak €5.8 juta euro (RM29.23 juta) dan pemain itu akan menerima gaji tahunan sebanyak €7.5 juta (RM37.80 juta).
Di Roma, pemain antarabangsa Belgium itu akan bergandingan semula dengan Jose Mourinho yang pernah melatih penyerang itu di Chelsea dan Manchester United.
Lukaku kembali ke Chelsea pada 2021 dengan harga €115 juta (RM579.55 juta) daripada Inter Milan.
Dia mula menyertai Chelsea pada 2011 dan berpindah ke Everton pada 2014 sebelum berpindah ke Manchester United dan Inter.
Roma sudah menandatangani pemain Iran, Sardar Azmoun sebagai pemain pinjaman dari Bayer Leverkusen dan gandingan tengah Paris Saint-Germain, Leandro Paredes serta Renato Sanches (secara pinjaman).
Houssem Aouar pula menandatangani kontrak lima tahun bersama Roma selepas berpindah dari Lyon pada Jun lalu.
Roma mengumpul satu mata selepas dua perlawanan pertama Serie A musim ini. – Agensi