LONDON – Bek tengah, Jonny Evans kembali ke Manchester United selepas lapan tahun meninggalkan kelab itu apabila menandatangani kontrak perjanjian jangka pendek sehingga Jun tahun depan.
Dia meluahkan rasa gembira untuk menyertai United di mana tempat dirinya sentiasa berasa seperti rumah saya sendiri.
“Kelab ini dan peminatnya telah membentuk saya sebagai pemain dan sebagai orang sejak saya berumur 15 tahun dan saya teruja untuk kembali ke tempat dimana semuanya bermula sebagai sebahagian daripada pasukan berbakat ini,” katanya di laman web kelab.
Sebelum ini, Evans kembali secara mengejut ke United selepas diberikan kontrak jangka pendek untuk beraksi dengan bekas kelabnya ketika pra musim.
Evans menjadi ejen bebas selepas meninggalkan Leicester City hujung musim lalu.
Pertahanan Ireland Utara berusia 35 tahun itu tampil dari akademi belia United dan memenangi Liga Juara-Juara serta tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.
Pertahanan tengah itu beraksi 198 perlawanan bersama United sebelum berpindah pada tahun 2015, memenangi trofi Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, tiga kejuaraan EPL dan dua Piala Liga. – Agensi