LONDON – Brighton membuat kejutan menandatangani bintang muda sensasi, Ansu Fati secara pinjaman dari Barcelona pada hari akhir jendela perpindahan untuk musim ini.
Ini membolehkan The Seagulls berjaya mengatasi cabaran beberapa kelab terkemuka Eropah termasuk Tottenham bagi mendapatkan khidmat Fati.
Fati, 20, membuat penampilan sulungnya bersama Barcelona pada usia 16 tahun dan menjadi penjaring gol termuda kelab itu.
Pada September 2019, dia menjadi pemain paling muda Barcelona di Liga Juara-Juara Eropah dan jaringannya ke atas Inter Milan pada Disember 2019 menjadikannya penjaring gol termuda dalam sejarah kejuaraan Eropah itu.
Dia membuat 112 penampilan untuk gergasi Catalan itu dan meledak 29 gol.
Fati turut memecahkan rekod 95 tahun sebagai penjaring gol termuda Sepanyol apabila menemui sasaran ketika kemenangan 4-0 ke atas Ukraine pada September 2020.
Sebelum itu dia melakar rekod pemain paling muda menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan La Liga ketika Barcelona menewaskan Levante. – Agensi