Jelaing Mersat

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat, 75, meninggal dunia petang semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, mendiang yang juga bekas Ahli Parlimen Saratok itu menghembuskan nafas terakhir pukul 3.40 petang.

Jelaing juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Saratok sejak 2004 hingga 2013.

Sebelum terlibat dalam politik, Jelaing adalah seorang pendidik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, ada menerima khabar sedih berkaitan pemergian mendiang.

“Kita turut berduka atas pemergian beliau dan kita berdoa agar keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar buat kita,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast