Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan .

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari 47 pertuduhan memberi cerminan buruk kepada kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perkembangan itu hanya memusnahkan kredibiliti Anwar yang terkenal sebagai seorang reformis.

“Sebab itulah kita mesti menerima hakikat karakter Anwar yang sebenar. Anwar adalah seorang Perdana Menteri yang gagal dan dia mengetuai sebuah Kabinet yang tidak kompeten.

“Maka itulah dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal di takhta kuasa.

“Selepas ini Anwar akan terus membersihkan imej semua yang bersekongkol dengan dia, dan dia juga akan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu dari 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar bahawa Jabatan Peguam Negara mahu memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Wan Saiful juga berkata, selepas ini Ahmad Zahid akan menggunakan segala ruang yang ada untuk melepaskan diri sendiri dan mengalih perhatian kepada musuh-musuh politiknya.

“Saya jangka akan ada pihak membandingkan pelepasan Zahid dengan pengguguran tuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dalam kes Muhyiddin, pasukan pendakwa membantah permohonan untuk menggugurkan pertuduhan malah sekarang sedang merayu keputusan mahkamah itu.

“Dalam kes Zahid, pihak pendakwa memohon Zahid dilepaskan walaupun sebelum ini mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid.

“Kita hormati keputusan mahkamah dan biarlah prosesnya berjalan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Malaysia bebas kaki SAKAU
    Malaysia bebas Campur Tangan Aksekutif
    Malaysia Pendakwa boleh MENDAKWA
    Malaysia Pendakwa boleh BUANG KES di dakwa
    Malaysia Pendakwa boleh mohon BATAL KES yang didakwanya.
    Malaysia Pendakwa boleh mohon halang kalah KES dakwanya
    Perundangan dibolehkan maka MALAYSIA BOLEH
    semuga segalanya difahami.

  2. ia telah dijangkan awal sejak zahid munafik menjuburi anwar utk jawatan TPM. hajat zahid sejak TSMY jadi pm…supaya kesnya dilepaskan….tapi tsmy berprinsip .zahid dan anwar merancang yg tersurat dgn MENYALAK GAGAL GAGAL GAGAL dan TIADA KEABSHAN TSMY…..JADI RAKYAT pun TIDAK TERPERANJAT atau gembira dengan keputusan….peliknya AG tidak pula tergesa2 ingin buat RAYUAN SEMAKAN SEMULA…berbanding kes BEBAS TSMY yang diFITNAHH ANWAR MUNAFIK sekutunya TSMY menyakau RM600bilion….bila HILANG TELOR KEMALUAN ubah pada rm250juta

    UmnoNGOK DAPIGS….bila ANWAR dalam videonya PRU15…BILA MASA saya ulang saya ulang AKAN BERKERJASAMA dengan umno bn yang terlibat RASUAH PENYAKAU…OOI YAHO PI YAHO’
    ZAHID pula NO ANWAR NO DAPIGS…..INI FATWA atau PUTAR BELIT}}}????? FUAD

    yakinlah GOLONGAN MUNAFIK dan PEMFITNAHH akan terima BALASAN ALLAH dunia akhirat

  3. Tukang komen ni lebih bodoh dari lembu. Bahalol dan tak ada otak nak pikir. Buat apalah tuhan bagi dia orang ni akal.

    • Lembu pun beri manfaat pada manusia…termasuk ibadah QURBAN…..YANG BAHAYA DAN BAHALOL itu BATU API….BOLEN MEROSAKKKAN MANUSIA kerana suka melaga2kan dan putar belit….YANG AUTA JADI FAKTA YANG FITNAH JADI BENAR

      AKU TETAP YAKIN GOLONGAN MUNAFIK PEMFITNAH SERTA PENYOKONG SUBAHAT AKAN TERIMA BALASAN ALLAH DUNIA AKHIRAT

Comments are closed.