Pengerusi Vateran UMNO Pulai, Abdul Wahab Muslim bercakap kepada media selepas beramah mesra bersama Veteran Umno sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Homrstay Tok Abah, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 04 SEPTEMBER 2023.

JOHOR BAHRU – Peranan ‘orang berambut putih’ dalam UMNO tidak boleh dipandang rendah kerana golongan itu mampu mencetuskan gelombang kemenangan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai , Sabtu ini.

Pengerusi Veteran UMNO Pulai, Abdul Wahab Muslim yang ditemui berkata, beliau akan sentiasa memberi sokongannya kepada calon di kawasan itu.

“Saya mewakili kawan-kawan kami (veteran) menerima sebagai saudara Suhaizan Kayat dalam satu kumpulan dalam kerajaan perpaduan yang ada pada hari ini.

“Sebagai parti yang bergabung menjadi kewajipan membantu dan menolong calon yang dikemukakan kerajaan hari ini untuk mendapatkan kejayaan. Insya-Allah,” katanya pada majlis ramah mesra calon PH bersama veteran UMNO di Kempas, dekat sini, hari ini.

Pengerusi Vateran UMNO Johor ,Bahru Datuk Mohd Said Ibrahim bercakap kepada media selepas beramah mesra bersama Veteran Umno sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Homrstay Tok Abah, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 04 SEPTEMBER 2023.

Sementara itu, Pengerusi Vateran UMNO Johor Bahru, Datuk Mohd Said Ibrahim berkata, beliau bersama ahli sentiasa memberi sokongan penuh kepada calon parti bersekutu mereka, Suhaizan.

“Ya sudah tentu bukan saya sahaja di mana saya percaya timbalan saya.

“Dia orang muda biasanya banyak idea akan dikemukakan. Kita sebagai orang lama membimbing, dia sebagai orang baru dia ada idea untuk Parlimen Pulai ini. Jadi kita veteran akan beri sokongan,” jelas beliau.

Seorang lagi ahli veteran UMNO, Azizah Selamat tidak alpa dengan kesetiaan golongan veteran UMNO yang sentiasa bersama-sama dalam perjuangan bersama PH terutama sepanhang PRK Pulai ini.

Ahli vateran UMNO Azizah Selamat bercakap kepada media selepas beramah mesra bersama Veteran Umno sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Homrstay Tok Abah, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 04 SEPTEMBER 2023.

Bagaimanapun, beliau percaya Suhaizan merupakan calon yang mempunyai pendirian yang disenangi penduduk Pulai.

“Calon ini walaupun bukan dari ahli UMNO tetapi dia mengikuti pergerakkan ahli UMNO dan seorang calon yang suka membantu.

“Seorang calon yang ingin membantu dan di dalam UMNO inilah orang Melayu dapat sepakat dan mewujudkan kerajaan dan dia merupakan calon yang baik walaupun enam kali bertanding tetapi insya-Allah kali ketujuh ini kita akan membantu terutama daripada vateran di kalangan anak beranak,” katanya.

Beliau juga mengharapkan Suhaizan tidak melupakan pengundi veteran jika menang pada PRK. – MalaysiaGazette