Lee Zii Jia. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Prestasi pemain profesional negara, Lee Zii Jia terus terumbang-ambing apabila tewas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka China sebentar tadi.

Berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzou itu, Zii Jia terpaksa akur dengan kehebatan naib juara Kejohanan Dunia 2023 iaitu Kodai Naraoka apabila tewas 24-26, 21-12, 11-21

Seperti dijangka, satu permainan mendebarkan dan cukup menarik dapat disaksikan pada pertemuan ketiga melibatkan kedua-dua pemain dimana aksi berlanjutan ke ‘rubber set’.

Ia merupakan kemenangan kedua yang dilakarkan oleh Naraoka yang menduduki kedudukan ketiga dunua ke atas Zii Jia yang kini jatuh di kedudukan 14 dunia.

Kali pertama beliau mencatatkan kemenangan adalah ketika Terbuka Malaysia 2023 pada Januari lalu.

Sementara itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melangkah ke pusingan kedua selepas berjaya menundukkan wakil India, Rohan Kapoor-Reddy Sikki 21-15, 21-16.

Manakala, Goh Jin Wei mengalami nasib sama seperti Zii Jia apabila tunduk kepada Aya Ohori dari Jepun 18-21, 12-21. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast