LONDON – Pemain pertahanan veteran Sepanyol, Sergio Ramos menerima tawaran kelab Sevilla selepas menandatangani kontrak selama semusim awal pagi semalam.
Keputusan tersebut seperti ‘sirih pulang ke gagang’ apabila menyaksikan Ramos kembali ke pangkuan Sevilla buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun bermula di peringkat akademi sehingga berusia 19 tahun.
Dia berhijrah daripada kelab itu pada 2005 ke Real Madrid dengan nilai perpindahan ketika itu sebanyak €27 juta (RM135 juta).
Selepas mewakili Real selama 16 tahun dengan menjuarai pelbagai trofi, Ramos membuat pilihan untuk berkelana bersama kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sebelum kontraknya berakhir, Jun lepas.
“Fokus saya ketika ini adalah sama yang mana mahu membantu pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan musim ini,” katanya yang akan menerima gaji sebanyak €2 juta (RM10.5) juta semusim.