Norman Hakim (kanan) dan Danish Hakim. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Pelakon Norman Hakim mengambil pendirian mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda anak keduanya, Marissa Dania Hakim, 18, yang didakwa mengganggu rumah tangga orang lain hingga bercerai.

Walaupun Instagram (IG) miliknya bertalu-talu ‘diserang’ netizen, Norman dilihat lebih selesa memuat naik hantaran zikir harian untuk tatapan peminat dan netizen.

Namun anak sulung Norman dengan bekas isteri, Abby Abadi diaitu Danish Hakim mengajak individu dikenali Aslam untuk bertemu empat mata dengannya.

“Aslam, jom jumpa,” tulisnya di Instagram Story.

Bagaimanapun hantaran terbaharu yang dimuat naik Danish itu dipadam beberapa minit kemudian.

Difahamkan, Aslam adalah lelaki yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan adiknya, Marissa Dania Hakim, 18, sehingga lelaki itu menceraikan isterinya, baru-baru ini.

Sementara itu, Marissa menerusi Instagram hari ini mengaku, dia bersalah dalam perkara itu.

Bagaimanapun, Marissa mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Anak beranak sama jaaa…yg anak tu plak..umur baru 18 tahun dah gatal nak berjantan…laki org plak tu ..mak bapak siap back up anak berhingus kejar jantan..mak bapak pun 2 x 5

Comments are closed.