UMNO PH politik wang Najib rumah Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa kehilangan undi itu mungkin disebabkan pengundi Melayu tidak keluar mengundi (seramai 18,000) atau sudah mengundi Perikatan Nasional (9,000).

“Daripada congak ringkas ini dapatan awal yang saya lihat lebih 39,000 pengundi yang dahulu semasa PRU-15 keluar mengundi, kali ini mereka tidak keluar mengundi. Daripada jumlah ini, 18,000 adalah pengundi Melayu, 16,000 pengundi Cina dan 5,000 pengundi India telah tidak keluar mengundi.

“Daripada congak ringkas ini dapatan awal yang saya lihat adalah lebih 39,000 pengundi yang dulu ketika Pilihan Raya ke-15 (PRU15) keluar mengundi, kali ini mereka tidak keluar mengundi.

“Daripada jumlah ini, 18,000 adalah pengundi Melayu, manakala 16,000 pengundi Cina dan 5,000 pengundi India tidak keluar mengundi.

“Undi Melayu kepada PN meningkat 9,000 daripada 20,000 semasa PRU15 kepada 29,000 pada PRK ini,” katanya.

Isham menambah, undi Melayu kepada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pula merosot 27,000 daripada 34,000 pada PRU15 kepada 7,000 pada PRK ini.

“Daripada jumlah ini dianggarkan 18,000 tidak keluar mengundi dan 9,000 lagi menukar undi kepada PN,” ujarnya.

Isham turut menambah, dengan kerjasama BN, PH menambah 4,000 undi Melayu dalam PRK kali ini kepada 7,000 undi Melayu berbanding hanya 3,000 undi Melayu yang mereka dapat pada PRU15.

Komennya, perkiraan ringkas yang beliau buat itu hanyalah congak berdasarkan kiraan perincian yang ada.

“Saya harap dan mendoakan agar dengan keputusan ini semoga semua pihak dapat mengambil iktibar dan membuat langkah-langkah pembaikan untuk kebaikan rakyat dan negara,” kata Isham lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Salah satu sebabnya Tuan Isham adalah kerana yang bertanding calon PH.Itu juga perlu di ambil kira,makanya pengundi Umno tak keluar mengundi,.
    itu lebih bagus dari semua pengundi Umno keluar mengundi tapi menyokong PN…
    Tak semestinya Umno hilang 27K undi kerana tak setuju kerjasama BN/PH..Secara literalnya kerusi itu kubu kuat PH,dan bagaimana sekalipon,PH pasti menang walau hanya dengan majoriti tipis.
    Kamu tak boleh salahkan ahli Umno,sebaliknya penyokong PN sendiri yang tak mahu balik mengundi calon mereka..

Comments are closed.