KUALA LUMPUR – Polis meminta kerjasama orang awam untuk mengesan dan menjejaki tiga beranak bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiga individu itu terdiri daripada seorang wanita bernama Chan Paik Kim, 56, dan dua anak lelakinya masing-masing bernama Chan Jie Kenneth, 28, dan Jared Chan Jie Yew, 25.

Alamat tempat tinggal mereka yang dikesan adalah di No 17, Jalam Sutera 3, Taman Jalil Sutera, Bukit Jalil.

Tiga individu beranak itu diperlukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bagi membantu siasatan bersabit laporan polis di Bukit Jalil.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Norhasriani Muhamad Nor di talian 017-491 8404, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras 03-920 50357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-211 59999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette