Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa-Siswi akan dinaikkan kepada RM400 pada tahun depan berbanding RM300 tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenaikan RM100 itu diharap dalam meringankan beban penuntut di negeri ini berbelanja di universiti.

”Semoga insentif daripada kerajaan negeri ini dapat meringankan perbelanjaan harian dan membantu urusan pelajaran mereka di menara gading. Insya-Allah.

”Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan RM300 seorang kepada setiap penuntut dengan peruntukan keseluruhan RM8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerusi kenyataan selepas menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa-Siswi 2023 kepada 126 penuntut universiti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai, Felda Kemasul, Bentong semalam.

Difahamkan bantuan tersebut telah ditambah daripada RM200 pada tahun lalu kepada RM300 tahun ini iaitu kenaikan RM100.

Untuk rekod, seramai seramai 18,000 anak-anak Pahang sedang melanjutkan pengajian di universiti awam, politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara.

Manakala sejak penubuhan Yayasan Pahang pada 1982, sebanyak RM1.4 bilion telah dibelanjakan yang telah memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta penerima. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast