KUALA LUMPUR – Miliki mana-mana rangkaian produk MBSB Bank sekarang – Deposit Bertempoh-i, Deposit Bertempoh Junior-i, Akaun Simpanan M-Junior-i, Akaun Simpanan-i, Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Hartanah-i, Takaful dan e-Wallet. 

Ini kerana, anda berpeluang untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) di England menerusi hadiah utama kempen ‘Winners Are Dreamers’.

Menariknya, semua kos perbelanjaan pemenang akan ditanggung sepenuhnya!

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, kempen ‘Winners Are Dreamers’ ini dilancarkan pada 1 Ogos lalu hingga 31 Januari 2024 sempena Liga MBSB Bank Championship.

Menurutnya, hadiah utama kempen ini bakal ditawarkan kepada lapan pasangan.

MBSB Bank turut mengagihkan 8,000 rantai kunci Kejohanan MBSB Bank bagi hadiah istimewa.

Pada masa yang sama, MBSB Bank juga menganjurkan kempen khas untuk pelanggan mudanya iaitu  ‘Dare To Dream’ bagi pelanggan yang  membuka Akaun Simpanan M-Junior-i MBSB Bank.

Bagi hadiah ‘Golden Chance’ untuk kempen ini, MBSB Bank menawarkan 500 penyertaan latihan bola sepak belia bersama Kelab Wolverhampton Wanderers, atau lebih dikenali sebagai Kelab Wolves.

Seramai 500 pelanggan dengan Akaun Simpanan M-Junior-i berpeluang menyertai latihan dengan lagenda Kelab Wolves di Malaysia dan berpeluang mendapat 8,000 rantai kunci kejohanan MBSB Bank, selagi stok masih ada.

Kempen ‘Dare To Dream’ ini telah bermula sejak 1 Ogos lalu hingga 31 Oktober ini.

Bagi memastikan setiap pelanggan berpeluang menyertai kempen ini, kelayakan dibuka kepada pelanggan baharu dan juga pelanggan sedia ada MBSB Bank yang berumur 18 tahun ke bawah.

Individu di bawah usia 18 tahun tertakluk kepada akaun yang dikendalikan oleh pemegang amanah (ibu, bapa, atau penjaga yang sah).

Pelanggan pula terdiri daripada warganegara Malaysia, pemastautin dan bukan pemastautin.

Dengan Akaun Simpanan M-Junior-i, pelanggan berpeluang menikmati kadar keuntungan lebih tinggi sehingga 2.25% untuk simpanan.

Pelanggan boleh memohon untuk membuka akaun ini di mana-mana cawangan MBSB Bank dan dapatkan beg sekolah eksklusif dengan deposit minimum RM1,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast