Polis membawa empat suspek lelaki untuk didakwa di mahkamah hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita secara berkumpulan di sebuah rumah di Wangsa Maju ketika di Mahkamah Sesyen Jenayah 12, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 SEPTEMBER 2023.

 

KUALA LUMPUR – Dua beradik bersama rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol membabitkan seorang wanita dirogol sekumpulan lelaki termasuk abang iparnya di Seksyen 2 Wangsa Maju, 30 Ogos.

Pengakuan itu dibuat oleh Nik Mohammad Rahimin Mat Zaid, 33, seorang mekanik dan adiknya Nik Khaira Hafizi Mat Zaid, 28 bersama rakanya Mohd Zulhilmi Zainuddin, 33 ketika bertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama -sama dengan sengaja telah melakukan kesalahan merogol ke atas seorang perempuan berusia 26 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Ogos lalu pada jam lebih kurang di antara 2 pagi hingga 3.30 pagi bertempat di alamat tingkat sebuah pangsapuri di Seksyen 2 Wangsa Maju.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan serta di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan..

Timbalan Pendakwaraya Noorhani Muhammed Ayub yang mengendalikan kes itu tidak menawarkan jaminan atas dua faktor iaitu  merupakan kes kesalahan serius melibatkan jenayah rogol secara berkumpulan.

“Yang Arif, selain itu terdapat berkemungkinan ketiga-tiga tertuduh boleh mengelak daripada tidak menghadirkan diri ke perbicaraan kes sekiranya ditawarkan jaminan oleh mahkamah.

“Oleh itu saya membantah tawaran jaminan untuk ketiga-tiga tertuduh tersebut,” katanya.

Noorhani memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga tertuduh itu merupakan rakan kenalan abang ipar mangsa yang pernah dituduh 8 September lalu selepas ditanya oleh Hakim Norina mengenai hubungan ketiga-tiga tertuduh berkenaan dengan mangsa kes tersebut.

Dalam pada itu, ketiga-tiga tertuduh berkenaan dalam rayuannya meminta mahkamah agar membenarkan jaminan dengan alasan sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan anak-anak yang masih kecil.

Tertuduh pertama Nik Mohammad Rahimin mendakwa dia menghidapi penyakit darah tinggi, sakit jantung, radang paru-paru dan sakit tulang belakang, selain mempunyai tanggungan lima anak berusia antara enam bulan hingga 12 tahun.

Manakala tertuduh kedua Nik Khaira Hafizi pula merayu jaminan kerana mempunyai tanggungan tiga anak berusia antara 4 hingga tahun, sementara Mohd Zulhilmi pula memberi alasan mempunyai tiga anak termasuk anak kembar berusia antara 1 hingga 5 tahun.

Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua belah pihak, Noorina tidak membenarkan ketiga tiga-tiga tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Oktober depan sebagai tarikh sebutan dan penyerahan dokumen kes.

Hakim turut emerintahkan ketiga-tiga tertuduh melantik peguambela.

Isteri dan ahli keluarga ketiga-tiga tertuduh yang difahamkan hadir ke mahkamah untuk menjadi  penjamin  dilihat duduk digaleri awam mahkamah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast