KUALA LUMPUR – Langkah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menarik sokongan daripada blok Kerajaan Perpaduan diharapkan dapat memberi kesedaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengungkapkan laungan reformasi.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan MUDA itu tidak akan ditarik balik selagi tiada desakan atau garis merah mengenai janji yang dibuat sebelum ini.
“Walaupun Parlimen Muar blok ketiga, duduk di pembangkang (dan) hanya satu kerusi tetapi saya berharap dengan tindakan ini (keluar daripada blok kerajaan) akan memberi kesedaran.
“Kalau kita tidak bermula pada hari ini, proses normalisasi rasuah akan menghancurkan negara saya, hancurlah masa depan anak muda,” katanya dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
MUDA Ahad lalu mengumumkan tidak lagi bersama dengan Kerajaan Perpaduan dan akan duduk di blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.
Tambah Syed Saddiq, pihaknya turut menggesa agar reformasi melibatkan pengagihan kuasa dilakukan segera oleh kerajaan.
“Peruntukan yang adil seperti (Ahli Parlimen) Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) lakukan sebelum ini, pisahkan peranan Perdana Menteri dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) serta letakkan di bawah Parlimen.
“Laksakan Akta Pendanaan Politik dan perkara-perkara lain. Perkara asas (seperti) pengisytiharan aset Kabinet sampai ke hari ini janji kosong, belum dibuat.
“Diumumkan Januari tahun ini (nak buat) dan bila nak dekat Pilihan Raya Negeri, saya desak sekali lagi dan kata akan buat. (Tapi) tak buat lagi,” katanya.
Punca utama MUDA menarik sokongan antaranya adalah kerana langkah Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Anwar, akhir-akhir dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.
Syed Saddiq berkata, keputusan Peguam Negara melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 kes pertuduhan ketika prosiding berada di peringkat bela diri, tanpa penjelasan meyakinkan, menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum. – MalaysiaGazette
MUDA tak sedar bahawa mereka hanya menumpang tuah dapat ubdi PH. MUDA tukar jadi MALU.
yang tidak sedar DIRI ialah GOLONGAN MUNAFIK serta yang mengaku parti AMANAH tapi KHIANAT pada janji dan REFORMATI…yang terliur dengan BATU API
RAKYAT tidak akan lupa JANJI NO DAPIGS NO ANWAR…NO RASUAH NO ZAHID NO UMNONGOK
Wak Sakau bilang aduuh bisa dong.
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan, amatlah sedikit kamu bersyukur. (Surah Al-A’raf, ayat 10)